IMG20181202143748
Gambar menunjukkan: Pelajar IKBN Jitra bidang Jahitan Pakaian Wanita menggunakan ICT sebagai medium pencarian bahan kajian tugasan

Kebaikan ICT bagi bidang Pendidikan dan Latihan

Antara kebaikannya ialah:

  1. Memudahkan proses pembelajaran dengan kemudahan mendapatkan maklumat. pelbagai medium maklumat dapat diakses melalui ICT antara ialah sumber bahan kajian. Para pelajar dapat melayari blog dan laman pendidikan dan latihan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
  2. Ianya dapat meningkatkan daya kreativiti dan inovasi. Peajar mampu mengakses pelbagai jenis maklumat mengikut keperluan mereka bagi mengembangkan lagi idea dan kreativiti.
  3. Pelajar dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses p&p yang menarik dan menghiburkan kesan daripada penggunaan ICT tersebut. Contohnya penggunaan slide power point, video, audio dan lain-lain.
  4. Pelajar menjadi lebih mahir dengan penggunaan ICT. Ini kerana, pelajar dapat menerokai pelbagai ilmu dengan kemudahan ICT ini.
  5. ICT menjadikan proses komunikasi dalam pendidikan dan latihan menjadi mudah dan cepat. Jika sebelum ini, pelajar perlu menunggu waktu kuliah untuk merujuk sebarang permasalahn pembelajaran mereka, tetapi dengan kecanggihan teknologi ICT ini pelajar boleh menggunakan aplikasi seperti WhatsApp untuk berbincang dengan rakan dan guru.

Keburukan ICT Dalam Sektor Pendidikan dan Latihan

Antara keburukannya ialah:

  1. Ianya memerlukan akses jalur lebar dan sesetengah kawasan pedalaman tiada atau sukar untuk mendapatkan rangkaian tersebut dan ini memberi kesan secara tidak lansung kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat pendidikan dan latihan terkini dengan cepat.
  2. Melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut.
  3. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang membazir masa. Kesan yang paling ketara adalah sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar.
  4. Penggunaan ICT tanpa had boleh menjejaskan kesihatan terutama mata dan penglihatan.
  5. Bermasalah untuk belajar dan membuat tugasan  apabila adanya gangguan seperti terputus bekalan elektik atau kehabisan tenaga.